Khamis, 22 September 2016

Pengenalan










     Agama berasal dari bahasa sansekerta dan bererti kepercayaan pada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya. Secara etimologis berasal dari suku kata A-Gam-A bererti tidak pergi atau tetap atau kekal jadi agama dapat diertikan pedoman hidup yang kekal.
Menurut Kitab Sunarigama, berasal dari kata A-Ga-Ma berarti ajaran tentang hal-hal yang sifatnya misteri. Selain itu, menurut KBBI agama adalah ajaran atau system yang mengatur tata keimanan dan peribadatan kepada Tuhan.
Dengan ini, kepercayaan atau Religi, berasal dari bahasa Latin Religere/religare artinya berhati-hati dan berpegang teguh pada aturan-aturan dasar. Jadi kepercayaan atau religi berarti kecenderungan batin (rohani) manusia yang terikat dengan hal-hal yang gaib, suci (kekuatan alam), dan tabu.
Malaysia ialah sebuah negara majmuk yang terdiri daripada berbilang kaum iaitu orang Melayu, orang Cina, orang India dan sebagainya. Dengan ini, terdapat pelbagai agama di Malaysia seperti agama Islam, agama Buddha, agama Hindu, agama Kristian, Konfusianisme, Taoisme dan lain-lain. 
      Sebagai warganegara yang prihatin, kita mempunyai tanggungjawab untuk menjamin keamanan negara yang terdiri daripada berbilang kaum. Kita boleh melalui cara mengenali, memahami dan menghormati budaya, adat dan kepercayaan setiap kaum. Dengan ini, pergaduhan dan perselisihan faham antara kaum tidak akan berlaku. Justeru, negara kita akan menjadi lebih selamat dan sejahtera yang dapat menwujudkan kehidupan yang harmoni dan bahagia kepada semua rakyat.

     Menurut kepada rajah banci 2000, kira-kira 60.4 peratus daripada populasi Malaysia mengamalkan Islam; 19 peratus agama Buddha; 9 peratus Kristian; 6 peratus Hinduisme; dan 3 peratus KonfusianismeTaoisme, dan agama tradisional Cina lain. Yang selebihnya menganut kepercayaan lain, termasuk AnimismeSikhisme, dan Bahai.



Agama di Malaysia

Saksikan dalam YouTube:


Agama Islam





Islam ialah pusat dan telah didominasi dalam kebudayaan Melayu. Sebilangan besar perkataan Bahasa Malaysia mempunyai asal-usul daripada Bahasa Arab, bahasa pilihan agama Islam. Namun, terdapat juga perkataan Bahasa Malaysia yang berasal daripada Bahasa Portugis, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris dan Bahasa Perancis.
Islam ialah sebahagian daripada identiti Melayu sehingga adat istiadat Islam telahpun diasimilasikan dalam budaya Melayu.




    ·     Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang penting bagi orang Islam di Malaysia.


·       Agama Samawi
·       Terkandung dalam al-Quran
·       Penganut kalam Allah
·       Diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w
·       Agama terbaik
·       Ajaran sempurna
·       Wajib mempercayai Rukun Islam dan Rukun Iman




   Rukun Iman


      Percaya kepada Allah
  •     Percaya kepada malaikat
  •     Percaya kitab
  •     Percaya kepada nabi dan rasul
  •     Percaya kepada hari kiamat
  •     Percaya kepada qadha dan qadar


Rukun Islam

     Mengucap dua khalimah syahadah
     Sembahyang 5 waktu
     Menunaikan zakat
     Berpuasa di bulan Ramadhan
     Mengerjakan haji di Makkah




Tujuan Islam Hadhari mencapai 10 prinsip utama:

         ·       Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi.
         ·       Kerajaan adil dan beramanah.
         ·       Rakyat berjiwa merdeka.
         ·       Penguasaan ilmu pengetahuan.
         ·       Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif.
         ·       Kehidupan berkualiti.
         ·       Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.
         ·       Keutuhan budaya dan moral.
         ·       Pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi.
         ·   Kekuatan Pertahanan dan Perpaduan.



Islam memerintah untuk:

·       Menauhidkan Allah ta’ala dan melarang kesyirikan
·       Buat jujur, larang dusta
·       Buat adil, larang anianya
·       Menunaikan amanat, larang pelanggaran janji
·       Larang perbuatan durhaka, berbakti kedua orang tua
·       Menjalin silaturahim(hubungan kekerabatan yang terputus) dengan sanak famili
·       Berhubungan baik dengan tetangga
·       Secara umum:
        ~       Memerintah semua akhlak yang mulia
        ~       Larang akhlak yang rendah dan hina
        ~       Memerintah segala macam amal salih
        ~       Larang segala amal yang jelek








 
Zaky's Ramadan

Saksikan dalam YouTube: