Khamis, 22 September 2016

Pengenalan










     Agama berasal dari bahasa sansekerta dan bererti kepercayaan pada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya. Secara etimologis berasal dari suku kata A-Gam-A bererti tidak pergi atau tetap atau kekal jadi agama dapat diertikan pedoman hidup yang kekal.
Menurut Kitab Sunarigama, berasal dari kata A-Ga-Ma berarti ajaran tentang hal-hal yang sifatnya misteri. Selain itu, menurut KBBI agama adalah ajaran atau system yang mengatur tata keimanan dan peribadatan kepada Tuhan.
Dengan ini, kepercayaan atau Religi, berasal dari bahasa Latin Religere/religare artinya berhati-hati dan berpegang teguh pada aturan-aturan dasar. Jadi kepercayaan atau religi berarti kecenderungan batin (rohani) manusia yang terikat dengan hal-hal yang gaib, suci (kekuatan alam), dan tabu.
Malaysia ialah sebuah negara majmuk yang terdiri daripada berbilang kaum iaitu orang Melayu, orang Cina, orang India dan sebagainya. Dengan ini, terdapat pelbagai agama di Malaysia seperti agama Islam, agama Buddha, agama Hindu, agama Kristian, Konfusianisme, Taoisme dan lain-lain. 
      Sebagai warganegara yang prihatin, kita mempunyai tanggungjawab untuk menjamin keamanan negara yang terdiri daripada berbilang kaum. Kita boleh melalui cara mengenali, memahami dan menghormati budaya, adat dan kepercayaan setiap kaum. Dengan ini, pergaduhan dan perselisihan faham antara kaum tidak akan berlaku. Justeru, negara kita akan menjadi lebih selamat dan sejahtera yang dapat menwujudkan kehidupan yang harmoni dan bahagia kepada semua rakyat.

     Menurut kepada rajah banci 2000, kira-kira 60.4 peratus daripada populasi Malaysia mengamalkan Islam; 19 peratus agama Buddha; 9 peratus Kristian; 6 peratus Hinduisme; dan 3 peratus KonfusianismeTaoisme, dan agama tradisional Cina lain. Yang selebihnya menganut kepercayaan lain, termasuk AnimismeSikhisme, dan Bahai.



Agama di Malaysia

Saksikan dalam YouTube:


11 ulasan:

  1. Untuk pengetahuan umum, dunia ini terdiri daripada pelbagai agama. Sebagai warga dunia yang prihatin, saya berpendapat bahawa blog ini amat berbaloi untuk dilayari kerana blog ini telah menerangkan setiap agama dengan jelas sekali dan mudah difahami. Blog ini sememangnya dapat membolehkan kita mengenali dan memahami setiap agama secara menyeluruh supaya kita dapat bergaul dengan setiap orang yang berlainan agama. Ahli kumpulan blog ini sememangnya telah mencipta blog yang bagus sekali. Terima kasih atas perkongsian anda semua tentang pelbagai agama di dunia ini. Tahniah dan syabas kepada anda semua!

    BalasPadam
  2. Terima Kasih atas pujian anda!Kami juga berterima kasih kepada anda kerana meluangkan masa untuk bersinggah di blog kami. Kami akan terus berusaha!Selamat datang lagi!

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. TERIMA KASIH ATAS PUJIAN ANDA! KAMI AKAN TERUS BERUSAHA!

      Padam
  4. Explained in detail about the religions in Malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. THANKS FOR YOUR PRAISE! HOPE IT IS BENEFICIAL TO YOU!

      Padam